Assalamualaikum dan salam sejahtera ualls, aku ni baru je balik dari Sabah dengan Jannah my besties, her hubby n my little family En.S & Qaisara.. Baru la ada mood dan terbukak minda nak sambung entry Krabi family trip yg sangkut kat day 3 yg lepas..
krabi Day 3 click link utk teruskan membaca entry lepas ye.. Okey jom kita sambung..
Aktiviti kami hari ni ialah emerald pool tour, aku ambil tour ni under Baan Saawan resort jugak dengan harga 1200 bath utk 1 van, sebenarnya lebih kepada sewa van dan driver sahaja sebab entrace fee tak termasuk sekali, nanti bayar kat sana tak silap dalam 250bath jugak utk seorang. Kami bertolak awal pagi lebih kurang pukul 8 dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam juga dari baan sawaan ke Emerald pool.. Dalam perjalanan kami sempat singgah di 7e utk membeli sedikit bekalan ke sana nanti. Kami juga ada membeli nasi bungkus tepi jalan utk alas perut sepanjang perjalanan dalam van sebab ceritanya pagi tu tak sempat breakfast pun dekat homestay.. 😂
Antara snek dan jajan yg terdapat di 7e thailand ni, kat sini aku sempat gunakan atm utk keluarkan cash sbb cash da susut.. Hehe charge thailand kenakan 250bath dan malaysia kenakan rm15.60 utk maybank, bank lain aku tak tahu. Utk membuat pengeluaran wang di atm luar negara, korang kena hubungi bank korg dulu utk aktifkan pengeluaran antarabangsa. Senang jek lepas tu trus boleh guna dah.. Nnt pihak bank akan tye la detail skt negara yg korang pergi dan berapa hari korg kat sana.. Ini utk tujuan keselamatan la kut..

View sepanjang perjalanan ke emerald pool..
Ni la van yg bawa kami, ni gambar masa kat 7e sebelum sambung perjalanan ke emerald poon.. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami pun tiba ke kawasan yg sering menjadi tumpuan pelancong jika bsrcuti ke bumi gajah putih ni..
Pintu masuk aku tak ambil gambar,maklum la bila jadi mak merangkap tour guide utk family sendiri ni mmg buzy skt menguruskan tiket, anak dan segala bagai so peluang utk fokus pd ambil gambar tu terbatas.. Kesian aku kan, tp tkpe yg penting peluh aku ada menitis kt tempat tu, haha! Dah melalut ni, okey utk menuju ke kawasan emerald pool tu pulak korang kena trekking lebih kurang 45minit,ada 2 jenis laluan yg korg boleh pilih samada nk ikut trek yg mcm dlm gmbar tu atau pun nk jungle trekking skt ikut laluan tanah dan pkok2 kecik, jarak jauh sama je.. Dsbabkan aku ni bawa warga emas dan baby aku pilih jln trekking yg mudah mcm gamba di atas aje lah ye.. Oke peringatan utk korg, makanan dari luar tidak dibenarkan bawa masuk, maka tpaksa la kami tngalkan segala bekalan makanan yg beriye kami shopping di 7e td, dlm van. Kat dalam pun takde jual makanan ye anak2 jadi minum dan makan la sepuasnya sebelum masuk ke dalam.. Haa tepok..😂
Dan perjalanan kami pun bermula.. Langkah demi langkah di ambil dgn berhati hati, sambil menapak sambil melihat view sekitar trek ke emerald pool tu, masih terpelihara kesucian hutannya.. Indah sangat, dlm hati tak henti2 memuji keindahan pemandangan sekitar..
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dgn pemandangn hutan hijau dan aliran2 air yg dtg dari sumber mata air yg mereka gelar emerald pool, bau segar hutan pun jelas terhidu. Bunyi agas dan kicauan burung dirasakan bagai menyambut kedatangan kami sekeluarga, serasa terbayar penat lelah kami menapak sejauh ni..
Mak yg setia menjadi model tak bergaji aku... Haha masa ni aku menapak sambil dukung qaisara..
Mumy & qaisara.. Tak sangka dpt juga mumy jejakkn kaki kesini dgn qaisara ye.. Cita2 mama masa belum ada sara tercapak bonus ada sara lagi.. Syukur ya Allah dgn segala nikmat♥️🙏
Belum sampai ye anak2, masih jauh lagi perjalanan nya, keluar la juga peluh jantan.. Haha..
Nampak tu, pintu masuk lagi 1400 meter yg nak ditempuh.. Fuhh.. Berpeluh, tp takpe segala penat lelah ni akan terbayar sebentar lagi..
Haa...dah pun sampai kolam hijau emerald ataupun yg mereka gelar emerald pool ni.. Aku da tak sabar nak terjun ni, air nya memang jernih dan sejuk jek.. Jom2 kuak lentang.. Apa tngu lagi.. Kang lama2 lapau lak kang.. Hahaha.. Stok makanan takde ni..
😂
Aik qaisara, lawan tokey nampak.. Mama tak terjun lagi dia da terjun dulu...?
Wajah2 excited dpt terjun..
Patut la mereka gelarkan kolam ni, kolam emerald. Memang warna airnya hijau emerald.. Indahnya ciptaan mu ya Allah..
Syurga ku, walaupun ibu tu ibu tiri tp tak rasa mcm ibu tiri pun.. Rasa mcm ibu sendiri, dah 11 tahun pun dia jaga papa aku.. Bersyukur sgt walaupun arwah mama meninggal awal masa umur ku 16 tahun, tp Allah gantikn dgn ibu yg sgt baik hati..
Bersyukur juga dikurniakan keluarga mertua yg sporting, sempoi, happening dan penyayang. Kehidupan mertua ipar duai aku jauh sekali beza dgn dlm drama2 tv3 suku yg selalu ceritakan mertua dan menantu xngam.. Omong kosong deh.. Haha!
Qaisara di samping nenek
Senang hati nampak boss ku.. 🤭
Selesai mandi manda hampir sejam 30 minit juga, kami pun beransur. Aku, encik s dan mak nak singgah ke blue pool pulak.. Kena menapak lagi dalam 30minit,yg lain bergerak turun tunggu di van dulu sebab tak larat, mulanya aku ingat nak bawa sekali qaisara tp ibu tak bagi katanya atas tu hutang mcm tebal sangat.. Tak baik bawak baby.. Haha aku pun iyekan jek la.. Maka berpecah la kami separuh kebawah dan separuh ke atas..
Sambung lagi menapak.. Tanah di sekitar sini kelihatan sedikit gersang dan tiada tumbuhan pokok2 mcm tadi.. Yg ada pun cuma lalang2 kecil yg tumbuh separat lutut. Memang panas leting.
Hasil setelah hampir 30-40minit menapak..memang biru air nya..tapi tak dibenarkan mandi ye,tak pasti kenapa..haha.. mungkin sbb tanah jerlus dan tak selamat utk mandi kut.
Sedikit info tentang blue pool yg dikatakan menarik perhatian para pelancong adalah kerana keajaiban kejadian alam disini di mana kalau kita tepuk tangan kuat2 akan timbul buih2 dari tengah2 dasar pool tu. Makin kuat ko tepuk tgn maka makin banyak dan besar lah buih2 tu timbul.. Eiii sekali lihat keadaan keliling ni kalau berseorangn boleh tahan seramnya sebab dikelilingin hutan tebal dan tasik misteri kan..👻 Dibawah aku kongsikan video kejadian alam yg misteri tu ye,mungkin ada penjelasan saintifik utk kejadian itu ataupun sekadar sekelumit kebesaran Allah yg tak dapat kita nafikan lagi.
Setelah puas melepak dan bergambar di blue pool,kami memulakan perjalanan turun semula terus ke pintu keluar parking van. Sepatutnya selepas itu kami ke hotspring tapi oleh disebabkan masing2 da pewai dgn air mata air makanya kami terus bertolak ke krabi statue di bandar krabi.
interframe cincin tunang sikit...huhu
p/s: akq da kawen tau,cincin ni saje ngulit kenangan.
Antara tarikan di krabi thailand ni pasti lah tak lain dan tak bukan gunung ganang dan bukit bukau batu kapur nya.. Selain dari pulau2 nye yg pelbagai jenis dan memiliki keistimewaanya yg tersendiri.
jom layan gambar family ku sepanjang di crab statue ni.
lighting tak bagi kerjasama la pulak utk gambar ni..
my big bos
Puas bergambar kami pun bergerak pulang ke homestay,perjalanan 2 jam dapat la kami lelapkan mata dan charge sekejap utk mlm ni pulak. Malam ni kami nak massage lagi..
MALAM HARI..
Malam tu sebelum massage kami isi perut dulu,ingat kan utk malam akhir ni kami nak makan besar sikit,restoran yg selalu blogger2 travel recomend di krabi menjadi pilihan aku dan family malam itu. Restoran Bamboo
pilihan makanan laut yg x berapa nak fresh bak kata encik nelayan ku. Klo korg nk tahu dulu encik.s aku pernah jadik nelayan muara sebatu melaka selama lebih kurg 7 tahun sebelum kami kenal dan sebelum dia berhijrah kerja ke KL sbgai jurujual kereta terpakai.
sedikit review ikhlas dari aku blogger yg tak famous,tak aktif dan tak sberapa ni. Restoran ni bg aku dan family biasa2 jek,xde la special dan sedap mana spt yg digembar gembur kan blogger2 famous yg lain.. Tp kalau korg nak cube pun takde masalah boleh jek,mungkin masakan di krabi ni tak kena dengan tekak kami sekeluarga sebabnya seingat aku 2 tahun lepas sewaktu aku ke hatyai makanan di sana sedap2 belaka.. Tepuk dada tanya tekak ye sahabat..💗
Selessai mengisi perut kami bersiar siar sekitar Ao Nang beach night market bg menghabiskn sisa2 mlm terakhir kami di bumi gajah putih ini. Sebelum massage jika baru lepas makan wajib la tungu dalam 30 minit ke 1 jam sebelum dulu sebab takutnya terkeluar balik pulak isi perut tu kalau terus massag ye..
Masjid ni Ao Nang beach night market.
malam ni boss2ku req nk urut kaki jek taknak urut badan katanya kaki yg lenguh yakmat,mana tak lenguhnyer berjalan sakan kata kau..😂
malam ni aku dapat layanan eklusif,ibu sudi jagakan sara utk 2 jam bg aku dgn En.S can massage tanpa gangguan,yela sebelum ni aku sambil massage sambil jaga anak lagi..Haha dah tu anak campak mana oii..
gambar dari depan pusat massage aku,da malam2 last ni gambar pun da tak banyak dapat snap
Keletihan si kecik 7 bulan da fly thailand yerk..
Cukup setakat disini perkongsian aku dan family selama 5hari 4malam sehingga bertemu lagi di lain hari in sha Allah
...Assalamualaikum...