AlieyA & Ceritera Hidup Nya

Sunday, 12 May 2019

PENGALAMAN MENGANDUNG LUAR RAHIM

Pengalaman seumur hidup yg paling menakutkan bagi aku selepas beranak czer.

Cerita nya bermula dari april 2019 lepas bila mana aku kerap mc kerana demam dan sengugut. Sejak kelahiran Qaisara pd april 2018 aku lansung tak dikunjungi bendera jepon dan hasil dari pembacaan aku benda ni normal untuk wanita yg sudah melahirkan anak kerana gangguan hormon. Hingga lah februari 2019 iaitu beberapa hari sebelum majlis pernikahan azwan,adik ipar ku.

Pertama kali dikunjungi bendera jepun pada februari 2019 aku mengalami sdikit sengugut yg kurasakan normal juga untuk wanita yg dah melahirkan anak macam aku nie. Diikuti bulan seterusnya iaitu mac 2019 aku lansung tidak dikunjungi bulan penuh. Haaa...Nampak tak hormon bercelaru kat situ? Masih lagi tidak mengeshaki apa2 aku teruskan sahaja hidup spt biasa sehinggalah april 2019 iaitu bulan lepas.. Aku dikujungi bendera jepun sebanyak 2 kali dalam sebulan, Kali pertama dtg mmg banyak dan aku sengugut teruk diikuti dgn demam sampai kena mc. Lebih kurg seminggu juga aku menahan sengugut tu. Lepas dah kering aku ingatkan dah okey la. Rupanya 3,4 hari je kering dan pendarahan tu berlaku semula. Kali ni sikit da coklat warnanya diikuti sakit sengugut tapi aku masih bertahan..

8 MEI 2019
Sehinggala rabu lepas iaitu Ramadhan ke-3 malam selepas berbuka puasa dengan ibu,papa dan En.S di runah aku mengalami sakit perut yang luar biasa. Sebenarnya dari hari pertama puasa aku dah start sakit perut dah tapi aku ingatkan normal sebab yelah 1st day puasa kan.. Kot perut masuk angin ke lapa ke.. Tapi malam rabu tu adalah yg paling sakit yg penah aku rasakan,rasa sakit dia macam nak berak pun ada,macam masuk angin ada,macam nak gastrik pun ada.macam sakit kontraksi pun ada, Lepas keluar masuk bilik air lebih kurg 3 round perut aku masih tak bagi kerjasama. Aku buat keputusan untuk layan tidur sebab hari pun da hampir lewat malam waktu tu, aku dan En.S pun da mula naik kerja esok.

9 MEI 2019
4 Pagi dan sakit aku masih tak berkurangan. Aku da telan panadol 2 bijik masih tak memberi ape2 kesan,terus aku ajak En.S pergi klinik pg tu jgak.. Tujuan aku haruslah untuk dapatkan ubat tahan sakit dan MC. Memang aku tak boleh kerja esoknya tu.. Bayangkan aku menahan sakit perut tu sampai guling2 dari pukul 8-9 malam bawak ke 4pagi. Sampai di klinik Alam Damai Cheras doktor terus bagi injection painkiller di punggung. Dan jugak ubat gastrik. Katanya aku ni macam ada simptom batu karang. Aku juga diminta untuk pergi ke hospital esok paginya jika sakit masih tak berkurangan. Tiba dirumah aku terus makan ubat gastrik yg doktor tu bekalkn dan sambung tidur. Sumpah letih tahan sakit semalaman.



9 MEI 2019
9 pagi,sakit diperut masih terasa dan aku mulai risau. Aku ajak En.S pergi Hospital Serdang terus untuk melakukan ujian x ray sperti yg dinasihatkan doktor klinik swasta semalam. Tiba di kecemasan macam biasa la daftar ambik no. Sampai giliran aku doktor hospital pun cakap benda yg sama mungkin aku ada batu karang so dia nak xray. Tp mcm biasa juga utk perempuan yg dah berkahwin sebelum menjalani pemeriksaan xray mereka harus lah menjalani pemeriksaan mengandung dahulu sebab nya takut mengandung la kan dan baby dalam perut sgt bhaya jika terdedah dgn radiasi x ray yg sgt kuat tu. Pada mulanya ujian air kencing aku negatif,doktor pun suruh la pergi bilik x ray. Dalam perjalanan ke bilik xray tu doktor call En.S untuk patah semula ke bilik rawatan sbb ujian air kencing tu menunjukkan aku positif mengandung!! DOUBLE LINE!! ahh sudah... Dlm fkiran aku mcm2 perkara dah terlintas.
-kan bulan lepas period smpi 2 kali?
-aku dan hubby merancang sendiri tkkn sngkut sdangkn slama ni kami mmg rancang sendiri
dan yg paling aku xbole berhenti berfikir ialah
-QAISARA BARU SETAHUN OII

Tiba dibilik rawatan doktor perempuan tu pun tunjuk result air kencing aku,double line terang gile..! Dokyot tu pun bawak aku untuk scan,perasaan aku dan En.S masa tu bercampur baur,sedih,takut,gelisah,gembira semua ada. Lepas scan doktor gagal mengesan kehadiran kantung ataupun janin dalam rahim aku. Ahh sudah..aku da mula tak keruan,ape yg jadik dgn aku sebenarnya ni.. Doktor tu pun terus refer aku ke wad bersalin. Setelah setahun  tak sangka aku akan jejak semula tempat ni.. Terimbas kembali segala kenangan sewaktu mengandung dan melahirkan Qaisara bucuk di sini. Hampir sejam menungu akhirnya doktor pakar pun tiba. Scan perut still tak dapat detect apa masalah aku,last dorg scan ikot bawah.. Aduhai sakitnya... Aku ingat kan lama lagi la nak kena seksa macam ni.. Rupanya...



Akhirnya doctor pakar sah kan aku MENGANDUNG LUAR RAHIM. Mengikut kira2 period yg aku bg pada doc kandungan dah lebih 4 minggu.. Dalam rahim aku pun dah berlaku pendarahan sebab baby dah membesar kat tube sebelah kiri tu,senang cita tube tu da pecah la.. Allahu..betul2 dugaan di bulan mulia ni. Lepas dapat pengesahan dari pakar yg aku ni mengandung luar rahim terus aku whatsapp En.S suruh masuk. Doktor kata aku kene emergency surgery,tak bole delay lagi dah sebab akan mengancam nyawa.

Kata doktor untuk kes mengandung luar rahim macam aku ni ada 2 jenis pembedahan iaitu

1. Doctor akan tebuk bawah perut kiri dan kanan untuk masukkan kamera dan tube untuk buang baby dan tube yg dah rosak tu. Risiko untuk jenis pembedahan ni sangat lah rendah,luka pun sikit dan proses penyembuhan pun akan cepat. Tapi andaikata kerosakkan pada tube tu agak teruk, proses pembedahan seperti czer tu tetap akan dilakukan.. Itu antara risiko pembedahan jenis ni.

2. Pembedahan c-section. Pembedahan ni sama macam pembedahan untuk kelahiran dan akan di lakukan di kawasan bawah pusat. Boleh rujuk gambar ye.



Dan utk situasi aku doktor tak bagi buat pilihan lagi sebab masa dah suntuk, kedaan aku dah agak kritikal. Menurut doktor lagi andai dibiarkan sehari lagi aku boleh pengsan dan kehilangan lebih banyak darah.. Doktor dah putuskan utk ak melakukan pembedahan hari tu jugak secara csection sebab bilik pembedahan (OT) untuk pembedahan jenis tebuk tu penuh. Mungkin kena tunggu dalam 2 hari jugak dan keadaan aku memang dah tak boleh tunggu.

Spt yg dpt korg lihat di bawah,ini adalah gambarajah rahim perempuan kita ni,korg bole nampak kiri kanan rahim tu macam bentuk M. Kalau kelahiran normal baby akan ada dalam rahim tu la.. Rujuk gambar lagi satu..

haa.. Gambar kat bawah ni adalah situasi yang terjadi pada aku. Tube sebelah kiri tu dah pun pecah kerana baby dah membesar. Pendarahan pun dah berlaku sekitar ovum dan rahim.
.

Lebih kurang tak sampai 2 jam aku dah pun disiapkan utk ditolak ke bilik bedah, kusangkakan takkan bertemu lagi wahai bilik bedah,rupanya jodoh kita kuat yerk.. 

Alhamdulillah.. Pembedahan yg memakan masa selama 4jam 30minit, 1pm-5.30pm berjalan lancar dan aku tidak menerima sebarang komplikasi,pemindahan darah juga tidak perlu dijalankan. Sebelum masuk ot aku sempat jeling ke jam dinding,keluar dari ot pun sempat toleh ke jam dinding lagi..Haha!

10 MEI 2019
Day 1 warded semua nya berjalan lancar,aku pun da boleh bangun da bergerak sikit2.. Insha allah takde ape esok da bole discharge.. Alhamdulillah..



11 MEI 2019 
Day 2 warded dan alhamdulillah aku diberi kebenaran untuk pulang hari ni.. MC 30 hari aku.. Haha.. sekian sedikit perkongsian dari pengalaman aku sendiri mengandung luar rahim. Andai korg ada pengalaman sendiri mengandung luar rahim boleh lah kita berkongsi cerita. Doakan aku cepat sembuh, nak raya weyh...HAHA



Selamat berpantang pada diri sendiri..

ASSALAMUALAIKUM
SAYONARA
BYEBYE
ADIOS

No comments:

Post a Comment