AlieyA & Ceritera Hidup Nya

Monday, 1 July 2019

AIR TERJUN GUNUNG LEDANG





Air Terjun Gunung Ledang ataupun lebih dikenali dengan nama Sagil terletak di daerah Asahan, Jasin, Melaka. Utk entry kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dan family bercuti disini selama 1 malam pada 6 syawal yang lepas. Aku, En.S , papaku, ibu dan Qaisara bucuk bertolak dari Duyung selepas asar. Perjalanan dari Duyung Melaka ke Sagil mengambil masa lebih kurang 2 jam. En.S pun bawa santai2 jek. Kami tiba di sana lebih kurang jam 6.30 ptg. Sampai2 saja disana aku terus check in, 2 bilik twin. Sebelum datang aku ada call untuk check kekosongan bilik dulu, takut gak datang2 takde bilik. Sagil tu kalau malam gelap gelita dan tak boleh mandi, Kawasan air terjun kan faham2 la.. Harga untuk 1 bilik twin untuk 1 malam RM159 termasuk sarapan utk 2 orang. Untuk maklumat lanjut korang boleh terus call number diorang ni atau terus ke website dorang http://www.ledang.com/  Lepas kemas2 brang,kami turun utk mandi sbentar di kawasan bawah air terjun dapat la mandi basah2 kan badan sikit sebab reception tu kata boleh mandi sampai pukul 7.30 tp pukul 7 kami dah naik dah. Qaisara taknak naik lansung,sakan dia menjerit bila Atuk nya nak angkat bawak naik atas. Huhu dasar budak suka air.

Lepas bilas2 badan dan menunaikan solat maghrib,aku dan En. S lepak bilik ibu dan papa utk makan malam. Ibu sempat jugak la masak2 utk tapau ke sana, masih mood raya tapau rendang,ketupat dan lauk lodeh lagi kesana.
Lepas makan kami lepak2 luar Resort sambil jalan2 tengok keliling resort. Seronok Qaisara dapat jalan sakan. Masa kami datang resort ni tak ramai pengunjun pun sebabnya raya kan, aku sempat juga berborak dengan budak yg jaga reception tu katanya kalau hari cuti dan hujung minggu tempat ni boleh tahan ramai. Lepas puas jalan keliling resort tu kami pun masuk tidur.
Tangga ke Reception 

Meja tempat lepak kot,depan reception tu jek,ade tv. Blkg tu ade swimming pool tp masa ktorg dtg swimming pool tu tak beroperasi

Jalan menuju ke cafe utk Breakfast esk








Kaunter cafe,abaikan muka selebet hubby tu

Cafe area




Tangga dekat cafe

Reception 

tv yang dekat reception 


Malam tu aku tak boleh tidur mungkin kerana suasana walaupun sangat selesa,sejuk dan nyaman tapi mata aku still tak bagi kerjasama utk lelap,pukul 4 pagi baru dapat lelap itu pun pukul 5 pagi dah terjaga sampai ke sudah.

Lepas mandi2 pagi dan solat terus kami ke dewan makan, sarapan disediakan dari pukul 7.30 hingga 10 pagi. Pagi tu kami tak banyak pilihan makanan utk sarapan sebab nya kata budak yg jaga kaunter sarapan tu pengunjung cuma seramai 15 org so sarapan disediakan secara Ala-Carte. Kebiasaannya mereka hidangkan sarapan secara buffet. So takde nasi lemak la pagi tu.. Haha! Sebenarnya papa aku pernah menginap kat Gunung Ledang Resort ni,dia la yang cerita siap ada sarapan semua dan dia juga yang request nak lepak sini so aku sbg sorg ank yg solehah ikotkan saja alang2 tu boleh la short escape sekali sambil menghirup bau hutan dan dengar deruan air terjun.

Pagi tu pukul 7.30 kami da terpacak kat cafe menunggu sarapan. Menu kami pagi tu ala carte so kena pilih nak makan apa berdasarkan menu list yg diberi.

Promote sikit van GLR 

Kaunter cafe di waktu pagi



Menu aku,aku pilih American Breakfast,western sikit :P

Hubby pilih kampung fried rice,nasi goreng kg je sbenarnya..haha

Qaisara Bucuk makan buah je pagi?

Papa pilih mee goreng

Ibu lak ambik Meehun goreng



Usai sarapan kami terus bergegas utk mandi manda..yahoo..!!!!!1 aktivit yg di nanti2 kan..








Budak yg dah kepenatan..love u bucuk


Lebih kurang pukul 11.30 kami naik chalet berkemas,check out pukul 12 tghari dan pulang semula ke melaka..

Sekian dulu perkongsian aku utk entry kali ni.

Assalamualaikum
XOXO
Sayonara