Hai ualls,entry kali ni panas2 keluar dari oven lagi. Taknak delay2 update nanti hilang lagi segala info dan gambaran dalam kepala ni.. Huhu.. Semalam aku berkesempatan berkunjung ke G2G ANIMAL GARDEN MAEPS yg terletak di Maeps Serdang. Dapat lah penuhi permintaan adik ipar aku Ayid (adk En.S yg bongsu nombor 9) yg baru selesai menjalani pembedahan jantung beberapa bulan yg lepas.. Sebelum datang ke KL lg dia da pesan awal2 dgn mak mertua aku nk minta kak lieya bawak jalan tengok binatang. Dia mmg ada monthly appoinment check up di JLN KL setiap bulan, dan dorg ni menetap melaka. Masa mula2 dapat tahu dia ada masalah jantung berlubang tu terus refer ke IJN KL, kesian baru 13 tahun dah kena bedah jantung, oh cukup cerita pasal adik ipar aku kat sini dulu..
Mak mertua aku tiba di TBS dari melaka sentral semalam bersama 2 org lagi adik ipar aku Ayid dan Tasha (adik ipar nombor 8) Dorang sampai lebih kurang pukul 12.45 petang.. Aku dan sara jemput dorang di Tbs pukul l lebih sebab aku keluar rumah lambat, dan pergerakan sedikit slow sebab berdua je kan dgn Sara. En.S xdapat join kami sebab dia kena kerja semalam dan hanya boleh cuti pada hari berkerja isnin-jumaat sahaja. Maka bergodong godong la aku dengan baby carrier nya, dengan beg sandang isi kelengkapan baby nya.. Huuu tiba2 terasa diri macam superwomen pulak.. Cewaahh...
Lepas jemput dorg kat tbs, kami pergi makan dan terus betolak ke G2G ANIMAL GARDEN MAEPS SERDANG.
Yeay kami da sampai..Yang kecik lelaki tu la Ayid sebelah dia Tasha dan dan diikuti My Lovely Mil.. Gambar aku takde sbb aku yg ambik gambar ni.. Gambar aku kejap lagi.
Qaisara, me n my mil..
SENARAI HARGA TIKET MASUK
- Kanak2 rm10
- Oku dewasa rm10
- Oku kanak rm5
Agak berbaloi utk harga dengan haiwan comel yg dipamerkan disini sebab boleh pegang dan jinak2 haiwannya. Tempat ini mengunakan konsep petting zoo...So pada siapa yg ada anak kecil tu boleh la bawak datang kesini. Mesti diorang excited punya dapat pegang2 dan bermanja dengan haiwan2 yg terdapat disini.
Untuk section yg pertama korang akan melihat pelbagai mamalia yg tak ada kat malaysia dan comel2 belaka.. Yang aku tunjuk kt Qaisara ni namanya Meerkat. Mereka ni spesis musang yang genit dan comel.. Mereka ni berasal dari Gurun Afrika nak lebih info boleh google terus 😂
Oleh disebabkan aku ni bawak baby takde perasaan yg baru berusia 8 bulan,maka tak ada la moment2 excited bdk ni bila tengok haiwan2 kat sini. Dia tengok pun macam takde feel je, puas aku dok tunjuk sana sini dia buat tak reti jek.. Mama nya pulak ygexcited lebih.. Haha
Praire Dog spesis tikus yg berasal dari amerika utara |
Section seterusnya korang akan di hiburkan oleh pelbagai jenis burung kakak tua yg comel2 dan juga tidak berasal dari malaysia. Tapi diorang ni malas bercakap la ye.. Korang juga boler bergambar dan beramah mesra dengan burung2 ni. Boleh bagi makan juga harga makanan burung rm1 sahaja untuk 1 cawan. Untuk sesi bergambar free saja..
Cantik kan Green Wing Macaw ni..
PINK my favourite colour
Kan aku dah kata budak ni takde perasaan..
Orang suruh tengok burung dia tengok benda lain..
Next section pulak korang kena masuk dalam sangkar burung tu, jgn risau sangkarnya muat 30 org masuk dalam sangat besar dan pelbagai jenis burung genit akan bebas berterbangan di sekeliling korang. Kalau korang ada makanan lagi la burung2 ni akan datang dekat dengan korang.
Kan aku da cakap, ada makanan dorang datang.. hehe
Selepas puas beramah mesra dan bermain main dengan burung kami bergerak ke section seterusnya, section kucing2 mahal tapi mak mertua aku taknak duduk lama dalam tu. Dia tak minat kucing kut. Huhu so aku pun tak banyak la gambar dalam nie..
american short hair
Lepas section kucing kami bergerak ke section haiwan ternakan kampung pulak..
Tunjuk gambar ni dekat En.S dia cakap kambing ni kat kampung pun ada. Menyampah!
Mencari sang putera katanya..
ostrich
RACOON spesis musang
Selesai section ni, kita ke rumah ular pulak..
malu tapi mahu...
Bnyak lagi sebenar jenis2 ular dan reptilia di dalam rumah ular ni,
korang kalau nak tahu boleh datang sendiri ke mari dan tengok dgn mata sendiri.
Sampai sini dulu perkongsian aku utk hari ni..
SEKIAN..
XOXO...
SAYONARA..
ASSALAMUALAIKUM..